Selamat Datang
Lagu Negeri Perak
Memaparkan catatan dengan label Ipoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ipoh. Papar semua catatan
Rabu, 4 Jun 2014
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak, sebuah kolej multidisiplinari yang menawarkan program latihan separa perubatan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Dibina atas tapak seluas 16.75 hektar, kolej ini terletak di pekan Tg. Rambutan pada jarak 2.8 km dari Dina Homestay ( 5 minit ). Ia mempamirkan senibina kontemporari dengan landskap pendidikan yang mengkagumkan. Kolej ini mula beroperasi pada 1 Julai 2011 dan menawarkan program pra perkhidmatan dalam bidang Diploma Pembantu Perubatan, Diploma Kejururawatan dan Diploma Farmasi serta kursus pengkhususan dan lanjutan di peringkat Sijil dan Diploma Lanjutan. Sebagai kolej yang mendapat pengiktirafan dan sentuhan DiRaja, KSKB SAS telah mengambil langkah strategiknya mentransformasikan pendidikan sains kesihatan melalui jaringan dan jalinan ‘smart partnership’ ke arah mencipta penjenamaan, sambil meningkatkan kualiti penjanaan graduan yang berilmu, berketrampilan dan pengamal selamat dalam memperkasakan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini.
Khamis, 17 April 2014
Muzium Geologi Ipoh
Muzium Geologi ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 bagi menyimpan spesimen - spesimen rujukan hasil dari kajian geologi yang dijalankan oleh pihak jabatan yang pada dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Penyiasatan Kajibumi. Hasil dari proses naik taraf yang dijalankan pada tahun 2009, muzium geologi kini berwajah baru dengan menempatkan hampir 700 spesimen batuan berserta hasil kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Muzium bertaraf lima bintang ini kerapkali menjadi pusat rujukan para peminat batuan berharga (semi precious stone) dan para pengkaji khasnya ahli - ahli geologi dari segenap pelusuk dunia.
Selain hasil pameran yang menarik, senibina bangunan era kolonial yang didiami oleh muzium geologi ini turut menjadi perhatian dan tumpuan para pelancong ke negeri Perak. Bangunan yang dibina sekitar tahun 1956 ini turut menempatkan pusat operasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG) iaitu antara jabatan tertua yang ditubuhkan semenjak zaman pemerintahan British di Malaya. Pembukaan muzium geologi, Ipoh ini telah disempurnakan oleh Datuk Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia pada 1 November 2011.
Langgan:
Catatan (Atom)


















