Jumaat, 23 Mei 2014

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh telah mula diasaskan di Kangar. Buat permulaan guru pelatih kumpulan pertama seramai 161 orang telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Perempuan Kangar sebagai kampus sementara. Pengetua pertama institut ini ialah Encik Abu Bakar bin Don dan Naib Pengetua ialah Encik Khalil Shah bin Jamaludin. Bilangan pensyarah pada ketika itu ialah seramai 13 orang.

Pada 1 Januari 1977, institut ini telah dipindahkan ke Ipoh dengan menumpang bangunan Institut Perguruan Kinta di Jalan Dairy, Ipoh.Pada 1 April 1977, institut ini telah berpindah ke kampus sementara di Kampung Dato' Ahmad Said, Manjoi, Ipoh dan dikenali sebagai Maktab Perguruan Ipoh (Baru). Kampus tetap di kawasan seluas 42.5 hektar di Hulu Kinta siap pada 1 Jun 1983 dan sekali lagi institut ini berpindah dan kekal sehingga sekarang. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini telah dirasmikan pada 2 Mei 1987 oleh Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mana pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan.

Kini Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berkembang maju di bawah pimpinan pengarah Tuan Hj.Kamarulizham bin Hazizi yang merupakan pengarah institut pada ketika ini. Kedudukan Dina Homestay tidak begitu jauh dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini. Untuk pergi ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ia mengambil masa selama lebih kurang 8 minit atau sejauh 5 KM sahaja. Jadi bagi sesiapa yang ingin menghantar anak, saudara mara atau rakan - rakan bolehlah menginap di Dina Homestay. Kami menjanjikan anda berpuas hati berada di Dina Homestay.

"Dina Homestay : Kepuasan Anda Keutamaan Kami"




Sumber : Laman Web IPG Ipoh

Rabu, 23 April 2014

PROMOSI Sempena Cuti Sekolah

Promosi ini bermula 01 Mei 2014 dan berakhir pada 15 Jun 2014. Kedudukan kediaman yang strategik dan selamat, membuatkan anda selesa untuk bercuti. Dengan Keluasan Rumah 20" X 80", ia mampu menampung jumlah keluarga yang besar. Kediaman ini juga dikelilingi oleh jiran tetangga berbangsa Melayu dan pada sebelah malamnya terdapat rondaan Rukun Tetangga. Suasana yang mendamaikan amat sesuai untuk anda relaks.

En. Azmi : 0195712869
Pn. Sara : 0194012631
No. Akaun BSN : 08218-41-00003627-4 ( SAHARAWATI BINTI ABDUL HAMID )



Khamis, 17 April 2014

Muzium Geologi Ipoh

Muzium Geologi ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 bagi menyimpan spesimen - spesimen rujukan hasil dari kajian geologi yang dijalankan oleh pihak jabatan yang pada dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Penyiasatan Kajibumi. Hasil dari proses naik taraf yang dijalankan pada tahun 2009, muzium geologi kini berwajah baru dengan menempatkan hampir 700 spesimen batuan berserta hasil kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Muzium bertaraf lima bintang ini kerapkali menjadi pusat rujukan para peminat batuan berharga (semi precious stone) dan para pengkaji khasnya ahli - ahli geologi dari segenap pelusuk dunia.
Selain hasil pameran yang menarik, senibina bangunan era kolonial yang didiami oleh muzium geologi ini turut menjadi perhatian dan tumpuan para pelancong ke negeri Perak. Bangunan yang dibina sekitar tahun 1956 ini turut menempatkan pusat operasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG) iaitu antara jabatan tertua yang ditubuhkan semenjak zaman pemerintahan British di Malaya. Pembukaan muzium geologi, Ipoh ini telah disempurnakan oleh Datuk Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia pada 1 November 2011.

Rabu, 16 April 2014

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya 11.5 kilometer dari Dina Homestay adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Jajaran Gunung Lang merupakan kawasan bukit batu kapur yang terletak di tengah Lembah Kinta dan merupakan kawasan rekreasi yang terletak di utara Bandaraya Ipoh Ianya boleh dimasuki melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar.

    Kawasan bukit batu kapur ini telah di terokai seawal 1880 oleh pelombong bijih timah Melayu yang mana perlombongan ini telah di lakukan di dalam gua-gua yang terdapat di sini. Kawasan ini juga telah di jadikan kawasan perlombongan bijih besi dan menghasilkan kawasan landskap terganggu seperti kawasan berpaya dan tasik. Kajian Rancangan Tempatan Ipoh 2020 telah mengariskan kawasan Gunung Lang seluas 111.93 hektar sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2 dan perlu di pulihara. Pembangunan yang di benarkan untuk kawasan ini hanyalah eko pelancongan, penyelidikan dan pendidikan. Keunikan formasi batu kapur ini juga menarik minat pengunjung kerana ianya terletak berhampiran pusat bandar Ipoh.

    Menjelang tahun 1999-2003, Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan Tempatan telah  membangunkan kawasan ini di bawah Rancangan Malaysia ke 8 sebagai pembangunan Taman Awam. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara. Majlis Bandaraya Ipoh merancang untuk meneruskan projek pembinaan fasa ketiga taman rekreasi itu dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). Pembangunan ini merangkumi komponen laluan pejalan kaki, menara pandang jauh, jeti bot, tandas serta air terjun buatan tertinggi di Malaysia. Kawasan ini telah berjaya menampung kehendak penduduk kawasan bandaraya Ipoh serta menjadi tumpuan pelancong sebagai ‘stop over point’ laluan Lebuh raya Utara Selatan

Terdapat Beberapa Cara Hendak ke sini...
  • Jika anda dari bandar Ipoh, anda perlu mengikuti Jalan Kuala Kangsar yang menuju ke Kuala Kangsar. Hanya 5 minit dari dari bandar Ipoh.
  • Jika anda dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu keluar dari Lebuh raya Utara Selatan di susur keluar Ipoh Utara 1 km dari situ anda akan temui papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang.

Tempat letak kereta luas di tepi tasik secara percuma.

Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.
Peta Lokasi Dari Dina Homestay









Selasa, 11 Februari 2014

Selamat Datang

Sebuah rumah teres yang terletak dialamat No 75, Persiaran Putera 8, Bandar Baru Putera telah menyediakan sebuah penginapan menarik dengan kadar sewaannya yang tetap RM190 walaupun di hujung minggu. Dapat menampung keluarga yang besar iaitu berkapasiti: 8 -10 orang.

Rumah penginapan yang selesa untuk anda bercuti bersama keluarga, rombongan pengantin, kursus, majlis konvokesyen, kerja outstation dll.

LOKASI BERHAMPIRAN
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (10 minit)
  • Pekan Tg. Rambutan (5 minit)
  • Kem PGA/PPG/Bridge Utara(5 minit)
  • IPGM Kampus Ipoh (5 minit)
  • Lost World of Tambun Water Park, The Banjaran,  The  Haven,Sunway Extreme Park (Driving Range, Futsal, Badminton,Giant, Mc Donald (3 minit)
  • Politeknik Ungku Omar, Sekolah Taayah (10minit)
  • Sekolah Izzuddin Shah, Sekolah STAR (10minit)
  • Hospital Pantai Puteri & Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh  (10minit)
  • Exit Lebuhraya Utara Selatan (5 minit)
  • KFC, Jusco, Tesco, MyDin Mall(15-20 minit)
  • Pusat Bandaraya Ipoh (15 minit)
  • Kawasan Perkelahan Ulu Chepor, Taman Rekreasi Gunung Lang (20 - 25 minit)
Terdapat juga pasar malam berhampiran dengan DINA HOMESTAY
  • Rabu : pasar malam Bandar Baru Putra
  • Khamis : pasar malam Taman Arena Perpaduan
  • Jumaat : pasar malam Bandar Baru Putra (berhampiran padang)
  • Sabtu : pasar malam di Bercham Raya
KEMUDAHAN
  • 2 bilik tidur, 2 bilik air
  • Bilik utama (1 katil queen + air cond + kipas)
  • Bilik ke 2 (1 katil queen + kipas)
  • Set meja makan 
  • TV
  • Pemanas air,pinggan mangkuk disediakan
  • Iron & iron board
  • lot parking utk 2 kereta(dalam kawasan rumah)
  • sewaan toto,bantal dan selimut tambahan juga disediakan dgn harga berpatutan
 Masa Check In : 2.00 pm (boleh dirunding)
Masa Check Out: 12.00 pm (boleh dirunding)

** bayaran booking RM 100.00 semalam(FIRST COME FIRST SERVE)
** bayaran penuh harus dilakukan seminggu sebelum  tarikh check in atau semasa    
     check in(boleh dirunding)
** Deposit RM100.00 (akan dikenakan semasa check in dan akan dipulang balik semasa
     check out)
**booking/full payment tidak akan dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan disaat akhir.
UNTUK TEMPAHAN/KETERANGAN LANJUT
Sewa Harian :
  • RM190 semalam(aircord bilik utama shj)
Hubungi :
Pn. Sara : 0194012631
En. Azmi : 0195712869














Selasa, 28 Januari 2014

Tempat - Tempat Menarik : Lost World of Tambun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Ini adalah post yang julung - julung kali dihantar ke blog ini bertujuan mempromosikan sektor pelancongan di Negeri Perak terutamanya disekitar Ipoh. Tempat pertama yang saya mahu katakan pada kali ini ialah Taman Tema air "Lost World Of Tambun". Lost World of Tambun ialah sebuah taman tema di bawah pengurusan Sunway Company atau Sunway City. Ia terletak di Tambun, Perak berhampiran bandar Ipoh. Perbelanjaan bagi membina taman tema ini dianggarkan berjumlah RM60 juta serta merupakan taman semula jadi terbesar di Malaysia. Jarak dari Dina Homestay ke Lost World of Tambun adalah lebih kurang 7.7 km yang akan mengambil masa lebih kurang 11 minit jika memandu kereta.

Taman tema ini berkonsepkan Rekreasi Air yang menerapkan senibina kerajaan mesir purba dan tamadun mesopotamia. Ia merupakan taman tema air yang terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan yang hebat. Sungguhpun baru beberapa tahun dibuka kepada umum, namun sehingga kini sambutan yang diterima amat memberangsangkan.Taman tema air yang pertama di Ipoh ini merupakan Sunway Lagoon versi Ipoh seperti mana yang terdapat di bandar Sunway, Kuala Lumpur. Namun berbeza dengan Sunway Lagoon, pemandangan sekeliling Lost World of Tambun dilatari keindahan alam semula jadi dengan pemandangan hutan batu kapur yang indah, dipercayai berusia lebih 400 tahun, selain tasik yang tenang menghijau dan gunung yang membuatkan anda berasa seperti penjelajah National Geographic.


Ini menunjukkan bahawa Lost World of Tambun berpotensi besar sebagai antara destinasi pelancongan menarik khususnya di negeri Perak. Malah persekitaran Lost World of Tambun yang sehingga kini masih terpelihara juga menjadikan taman tema air ini cukup unik dan menyegarkan pandangan.

Di Lost World of Tambun, selain dapat bermain air dengan meredah sungai buatan sepanjang 600 meter, 'perjalanan' selama 15 minit di dalam air itu diiringi bunyian dan seni bina memukau seperti Istana Lama, Kota Katak, Lembah Monyet dan runtuhan Kota Lama.


Untuk menikmati permainan air yang mencabar fizikal dan mental, para pengunjung boleh mencuba empat jenis gelongsor pelampung dan ‘cliff racer’, masing-masing sepanjang 100 hingga 155 meter. Ia memang menyeronokkan.

Selain itu, keistimewaan Lost World of Tambun ialah kolam mandi berombak seluas 3,200 meter persegi yang dilengkapi dengan tujuh gelombang ombak buatan yang berbeza. Di sini pengunjung pasti terasa seperti benar-benar berada di pantai kerana lengkap dengan pasir halus memutih dan tempat bermain bola tampar yang memang sinonim sebagai sukan pantai.



Selain itu, tarikan unik lain ialah Lembah Harimau. Di sini pengunjung boleh menyaksikan pelbagai aksi istimewa yang dilakukan oleh beberapa ekor harimau yang dipelihara. Jika pengunjung bernasib baik, mereka boleh mengambil kesempatan untuk bergambar bersama beberapa ekor anak harimau yang comel dan jinak.

Buat para pengunjung yang masih belum puas bermain air, Lost World of Tambun turut menyediakan kemudahan beriadah untuk seisi keluarga seperti kolam mandi air panas yang lebih dikenali sebagai Tambun Hot Springs. Kolam khas ini menggunakan air panas yang disalurkan daripada sumber asalnya kira-kira 600 meter dari Lost World of Tambun. Rehatkan minda dan tubuh anda dengan berendam dalam air panas yang dipercayai baik untuk kesihatan kulit.

Apabila sudah penat bermain air, pengunjung boleh berehat seketika dengan menjamu selera di Restoran Waves atau Bazar Tambun Lost World of Tambun sebelum menyambung semula aktiviti anda. Kali ini, bolehlah mencuba permainan di taman tema kering seperti Dragon Flight, Perak Parade, Giddy Galleon atau bersantai dengan menaiki keretapi Adventure Express mengelilingi taman.

Untuk kenang-kenangan, Lost World of Tambun juga menyediakan sebuah kedai cenderahati yang menjual pelbagai jenis barangan ekslusif.

Lost World of Tambun dibuka pada jam 11 pagi hingga 6 petang, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, taman tema air ini akan dibuka jam 10 pagi hingga 6 petang.

Selain keluarga dan percutian peribadi, Lost World of Tambun juga menjadi pilihan pelbagai syarikat awam dan swasta untuk melakukan pelbagai aktiviti kekeluargaan contohnya sukaneka atau hari keluarga. Ini kerana kemudahan serta keselesaan yang ditawarkan di taman tema air ini cukup berbaloi dengan bayaran masuk yang dikenakan iaitu RM21 untuk orang dewasa dan RM16 bagi kanak-kanak.

Info:
Nama:              Lost World of Tambun
Lokasi:             Sunway City, Ipoh, Perak
Makanan:         Restoran khas di dalam gua yang boleh disewa untuk sebarang majlis termasuk majlis        
                        meraikan perkahwinan, sambutan hari lahir dan jamuan.
Penginapan:      Dina Homestay No 75 Persiaran Putera 8 Bandar Baru Putera dibuka untuk penginapan
                        pengunjung dengan kadar sewa berpatutan.
Waktu operasi: 11 pagi hingga 6 petang setiap Isnin hingga Jumaat.Tiket: RM21 (dewasa), RM16 (kanak-
                        kanak)
Laman web:     www.sunway.com.my/lostworldoftambun

Peta Dari Dina Homestay ke Lost World of Tambun

Isnin, 20 Januari 2014

Homestay Termurah Di Bandaraya Ipoh

Kami bakal menyediakan sebuah homestay yang termurah di bandaraya Ipoh. Lokasi yang berhampiran dengan tempat - tempat menarik seperti Lost World Of Tambun, dan Ladang Limau Tambun. Selain itu berhampiran juga dengan Kolej Pembantu Perubatan Sultan Azlan Shah, Kolej Sunway, Institut Perguruan Malaysia Cawangan Ipoh. Lokasi Homestay ini juga berhmpiran dengan pusat membeli belah seperti Giant, Tesco, AEON, Parkson, UO dan lain - lain. Harga yang ditawarkan serendah RM 190 semalam dengan keluasan rumah adalah 20 X 80 kaki mampu menampung keluarga yang besar. Nantikan kemunculan kami sekitar bulan Mac 2014 ini.
Daisypath Anniversary tickers