Selasa, 28 Januari 2014

Tempat - Tempat Menarik : Lost World of Tambun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Ini adalah post yang julung - julung kali dihantar ke blog ini bertujuan mempromosikan sektor pelancongan di Negeri Perak terutamanya disekitar Ipoh. Tempat pertama yang saya mahu katakan pada kali ini ialah Taman Tema air "Lost World Of Tambun". Lost World of Tambun ialah sebuah taman tema di bawah pengurusan Sunway Company atau Sunway City. Ia terletak di Tambun, Perak berhampiran bandar Ipoh. Perbelanjaan bagi membina taman tema ini dianggarkan berjumlah RM60 juta serta merupakan taman semula jadi terbesar di Malaysia. Jarak dari Dina Homestay ke Lost World of Tambun adalah lebih kurang 7.7 km yang akan mengambil masa lebih kurang 11 minit jika memandu kereta.

Taman tema ini berkonsepkan Rekreasi Air yang menerapkan senibina kerajaan mesir purba dan tamadun mesopotamia. Ia merupakan taman tema air yang terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan yang hebat. Sungguhpun baru beberapa tahun dibuka kepada umum, namun sehingga kini sambutan yang diterima amat memberangsangkan.Taman tema air yang pertama di Ipoh ini merupakan Sunway Lagoon versi Ipoh seperti mana yang terdapat di bandar Sunway, Kuala Lumpur. Namun berbeza dengan Sunway Lagoon, pemandangan sekeliling Lost World of Tambun dilatari keindahan alam semula jadi dengan pemandangan hutan batu kapur yang indah, dipercayai berusia lebih 400 tahun, selain tasik yang tenang menghijau dan gunung yang membuatkan anda berasa seperti penjelajah National Geographic.


Ini menunjukkan bahawa Lost World of Tambun berpotensi besar sebagai antara destinasi pelancongan menarik khususnya di negeri Perak. Malah persekitaran Lost World of Tambun yang sehingga kini masih terpelihara juga menjadikan taman tema air ini cukup unik dan menyegarkan pandangan.

Di Lost World of Tambun, selain dapat bermain air dengan meredah sungai buatan sepanjang 600 meter, 'perjalanan' selama 15 minit di dalam air itu diiringi bunyian dan seni bina memukau seperti Istana Lama, Kota Katak, Lembah Monyet dan runtuhan Kota Lama.


Untuk menikmati permainan air yang mencabar fizikal dan mental, para pengunjung boleh mencuba empat jenis gelongsor pelampung dan ‘cliff racer’, masing-masing sepanjang 100 hingga 155 meter. Ia memang menyeronokkan.

Selain itu, keistimewaan Lost World of Tambun ialah kolam mandi berombak seluas 3,200 meter persegi yang dilengkapi dengan tujuh gelombang ombak buatan yang berbeza. Di sini pengunjung pasti terasa seperti benar-benar berada di pantai kerana lengkap dengan pasir halus memutih dan tempat bermain bola tampar yang memang sinonim sebagai sukan pantai.



Selain itu, tarikan unik lain ialah Lembah Harimau. Di sini pengunjung boleh menyaksikan pelbagai aksi istimewa yang dilakukan oleh beberapa ekor harimau yang dipelihara. Jika pengunjung bernasib baik, mereka boleh mengambil kesempatan untuk bergambar bersama beberapa ekor anak harimau yang comel dan jinak.

Buat para pengunjung yang masih belum puas bermain air, Lost World of Tambun turut menyediakan kemudahan beriadah untuk seisi keluarga seperti kolam mandi air panas yang lebih dikenali sebagai Tambun Hot Springs. Kolam khas ini menggunakan air panas yang disalurkan daripada sumber asalnya kira-kira 600 meter dari Lost World of Tambun. Rehatkan minda dan tubuh anda dengan berendam dalam air panas yang dipercayai baik untuk kesihatan kulit.

Apabila sudah penat bermain air, pengunjung boleh berehat seketika dengan menjamu selera di Restoran Waves atau Bazar Tambun Lost World of Tambun sebelum menyambung semula aktiviti anda. Kali ini, bolehlah mencuba permainan di taman tema kering seperti Dragon Flight, Perak Parade, Giddy Galleon atau bersantai dengan menaiki keretapi Adventure Express mengelilingi taman.

Untuk kenang-kenangan, Lost World of Tambun juga menyediakan sebuah kedai cenderahati yang menjual pelbagai jenis barangan ekslusif.

Lost World of Tambun dibuka pada jam 11 pagi hingga 6 petang, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, taman tema air ini akan dibuka jam 10 pagi hingga 6 petang.

Selain keluarga dan percutian peribadi, Lost World of Tambun juga menjadi pilihan pelbagai syarikat awam dan swasta untuk melakukan pelbagai aktiviti kekeluargaan contohnya sukaneka atau hari keluarga. Ini kerana kemudahan serta keselesaan yang ditawarkan di taman tema air ini cukup berbaloi dengan bayaran masuk yang dikenakan iaitu RM21 untuk orang dewasa dan RM16 bagi kanak-kanak.

Info:
Nama:              Lost World of Tambun
Lokasi:             Sunway City, Ipoh, Perak
Makanan:         Restoran khas di dalam gua yang boleh disewa untuk sebarang majlis termasuk majlis        
                        meraikan perkahwinan, sambutan hari lahir dan jamuan.
Penginapan:      Dina Homestay No 75 Persiaran Putera 8 Bandar Baru Putera dibuka untuk penginapan
                        pengunjung dengan kadar sewa berpatutan.
Waktu operasi: 11 pagi hingga 6 petang setiap Isnin hingga Jumaat.Tiket: RM21 (dewasa), RM16 (kanak-
                        kanak)
Laman web:     www.sunway.com.my/lostworldoftambun

Peta Dari Dina Homestay ke Lost World of Tambun

Isnin, 20 Januari 2014

Homestay Termurah Di Bandaraya Ipoh

Kami bakal menyediakan sebuah homestay yang termurah di bandaraya Ipoh. Lokasi yang berhampiran dengan tempat - tempat menarik seperti Lost World Of Tambun, dan Ladang Limau Tambun. Selain itu berhampiran juga dengan Kolej Pembantu Perubatan Sultan Azlan Shah, Kolej Sunway, Institut Perguruan Malaysia Cawangan Ipoh. Lokasi Homestay ini juga berhmpiran dengan pusat membeli belah seperti Giant, Tesco, AEON, Parkson, UO dan lain - lain. Harga yang ditawarkan serendah RM 190 semalam dengan keluasan rumah adalah 20 X 80 kaki mampu menampung keluarga yang besar. Nantikan kemunculan kami sekitar bulan Mac 2014 ini.
Daisypath Anniversary tickers