Alhamdulillah,bersyukur ke-hadrat ILLAHI kerana memberi kesempatan saya mengemaskini blog ini. Kini, Dina Homestay tampil dengan lebih berani menawarkan harga yang amat berpatutan disamping perkhidmatan yang ditawarkan berkualiti. PROMOSI ini akan bermula pada 21 November 2014 hingga 01 Januari 2015. Kami menawarkan harga yang cukup menarik iaitu untuk satu malam RM 160.00 manakala bagi mereka yang menginap dua malam atau lebih kami menawarkan harga RM 150.00.
Dengan kemudahan yang tidak dikurangkan dari harga semasa, kami menyediakan :
- 3 bilik tidur, 2 bilik air
- Bilik utama ( 1 katil queen + Penghawa dingin + Kipas )
- Bilik kedua ( 1 katil queen + kipas )
- Bilik ketiga ( 1 katil bujang + kipas )
- Set Meja Makan
- TV
- Pemanas air
- Cerek Elektrik, Periuk Nasi Elektrik dan pinggan mangkuk
- Seterika dan papan seterika
- Dapur untuk memasak
- Lot pakir untuk 2 buah kereta ( dalam kawasan berpagar )
- Toto dan 4 bantal disediakan secara PERCUMA
Dina Homestay dikelilingi dengan kejiranan yang mejoritinya berbangsa melayu. Terdapat juga kawalan keselamatan ( Rondaan Malam ) yang dijalankan oleh Rukun Tetangga dan juga Pasukan RELA. Selain itu terdapat juga Balai Polis yang berhampiran iaitu Balai Polis Tanjung Rambutan ( 2.6 km - 5 minit ) dan Balai Polis Bercham ( 3.6 km - 7 minit ). Secara keseluruhannya kawasan ini selamat untuk didiami semasa percutian anda.
Setiap pelanggan Dina Homestay tidak perlu risau untuk mendapatkan bekalan makanan kerana terdapat banyak kemudahan tersebut seperti :
- Sarapan pagi - Selain Restoren Mamak yang terdapat disini terdapat juga gerai - gerai kecil yang menjual kuih muih serta nasi lemak.
- Makan Tengahari - Terdapat juga gerai yang menjual lauk pauk untuk anda menikmati makan tengahari. Jika anda ingin memasak, disini terdapat 3 buah kedai yang menjual ikan dan sayur segar disamping itu juga terdapat banyak kedai runcit dan juga kedai serbaneka.
- Pasar Malam - Terdapat juga pasar malam di sekitar Dina Homestay seperti :
- Pasar Malam Taman Indah ( Isnin )
- Pasar Malam Taman Perpaduan ( Selasa )
- Pasar Malam Bandar Baru Putera ( Rabu )
- Pasar Malam Taman Arena Perpaduan ( Khamis )
- Pasar Malam Bandar Baru Putera ( Jumaat )
- Pasar Malam Bercham Raya ( Sabtu )
Jika Berminat Hubungi :
Cikgu Mie : 0125920923
No. Akaun BSN : 08218-41-00003627-4 ( SAHARAWATI BINTI ABDUL HAMID )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan