Promosi ini bermula 01 Mei 2014 dan berakhir pada 15 Jun 2014. Kedudukan kediaman yang strategik dan selamat, membuatkan anda selesa untuk bercuti. Dengan Keluasan Rumah 20" X 80", ia mampu menampung jumlah keluarga yang besar. Kediaman ini juga dikelilingi oleh jiran tetangga berbangsa Melayu dan pada sebelah malamnya terdapat rondaan Rukun Tetangga. Suasana yang mendamaikan amat sesuai untuk anda relaks.
En. Azmi : 0195712869
Pn. Sara : 0194012631
No. Akaun BSN : 08218-41-00003627-4 ( SAHARAWATI BINTI ABDUL HAMID )
Selamat Datang
Lagu Negeri Perak
Rabu, 23 April 2014
Khamis, 17 April 2014
Muzium Geologi Ipoh
Muzium Geologi ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 bagi menyimpan spesimen - spesimen rujukan hasil dari kajian geologi yang dijalankan oleh pihak jabatan yang pada dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Penyiasatan Kajibumi. Hasil dari proses naik taraf yang dijalankan pada tahun 2009, muzium geologi kini berwajah baru dengan menempatkan hampir 700 spesimen batuan berserta hasil kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Muzium bertaraf lima bintang ini kerapkali menjadi pusat rujukan para peminat batuan berharga (semi precious stone) dan para pengkaji khasnya ahli - ahli geologi dari segenap pelusuk dunia.
Selain hasil pameran yang menarik, senibina bangunan era kolonial yang didiami oleh muzium geologi ini turut menjadi perhatian dan tumpuan para pelancong ke negeri Perak. Bangunan yang dibina sekitar tahun 1956 ini turut menempatkan pusat operasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG) iaitu antara jabatan tertua yang ditubuhkan semenjak zaman pemerintahan British di Malaya. Pembukaan muzium geologi, Ipoh ini telah disempurnakan oleh Datuk Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia pada 1 November 2011.
Rabu, 16 April 2014
Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya 11.5 kilometer dari Dina Homestay adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Jajaran Gunung Lang merupakan kawasan bukit batu kapur yang terletak di tengah Lembah Kinta dan merupakan kawasan rekreasi yang terletak di utara Bandaraya Ipoh Ianya boleh dimasuki melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar.
Kawasan bukit batu kapur ini telah di terokai seawal 1880 oleh pelombong bijih timah Melayu yang mana perlombongan ini telah di lakukan di dalam gua-gua yang terdapat di sini. Kawasan ini juga telah di jadikan kawasan perlombongan bijih besi dan menghasilkan kawasan landskap terganggu seperti kawasan berpaya dan tasik. Kajian Rancangan Tempatan Ipoh 2020 telah mengariskan kawasan Gunung Lang seluas 111.93 hektar sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2 dan perlu di pulihara. Pembangunan yang di benarkan untuk kawasan ini hanyalah eko pelancongan, penyelidikan dan pendidikan. Keunikan formasi batu kapur ini juga menarik minat pengunjung kerana ianya terletak berhampiran pusat bandar Ipoh.
Menjelang tahun 1999-2003, Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan Tempatan telah membangunkan kawasan ini di bawah Rancangan Malaysia ke 8 sebagai pembangunan Taman Awam. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara. Majlis Bandaraya Ipoh merancang untuk meneruskan projek pembinaan fasa ketiga taman rekreasi itu dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). Pembangunan ini merangkumi komponen laluan pejalan kaki, menara pandang jauh, jeti bot, tandas serta air terjun buatan tertinggi di Malaysia. Kawasan ini telah berjaya menampung kehendak penduduk kawasan bandaraya Ipoh serta menjadi tumpuan pelancong sebagai ‘stop over point’ laluan Lebuh raya Utara Selatan
Terdapat Beberapa Cara Hendak ke sini...

- Jika anda dari bandar Ipoh, anda perlu mengikuti Jalan Kuala Kangsar yang menuju ke Kuala Kangsar. Hanya 5 minit dari dari bandar Ipoh.
- Jika anda dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu keluar dari Lebuh raya Utara Selatan di susur keluar Ipoh Utara 1 km dari situ anda akan temui papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang.
Tempat letak kereta luas di tepi tasik secara percuma.
Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.
Peta Lokasi Dari Dina Homestay
Langgan:
Catatan (Atom)