Khamis, 17 April 2014

Muzium Geologi Ipoh

Muzium Geologi ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 bagi menyimpan spesimen - spesimen rujukan hasil dari kajian geologi yang dijalankan oleh pihak jabatan yang pada dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Penyiasatan Kajibumi. Hasil dari proses naik taraf yang dijalankan pada tahun 2009, muzium geologi kini berwajah baru dengan menempatkan hampir 700 spesimen batuan berserta hasil kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Muzium bertaraf lima bintang ini kerapkali menjadi pusat rujukan para peminat batuan berharga (semi precious stone) dan para pengkaji khasnya ahli - ahli geologi dari segenap pelusuk dunia.
Selain hasil pameran yang menarik, senibina bangunan era kolonial yang didiami oleh muzium geologi ini turut menjadi perhatian dan tumpuan para pelancong ke negeri Perak. Bangunan yang dibina sekitar tahun 1956 ini turut menempatkan pusat operasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG) iaitu antara jabatan tertua yang ditubuhkan semenjak zaman pemerintahan British di Malaya. Pembukaan muzium geologi, Ipoh ini telah disempurnakan oleh Datuk Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia pada 1 November 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Anniversary tickers